Seorang lelaki yang merupakan pengawal peribadi cedera parah selepas terkena satu das tembakan ketika berada di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1).
BACA: (Video) Tembak Kepala Pada Jarak Dekat, Polis Kini Buru 3 Lelaki Bertopeng
Difahamkan kejadian itu berlaku sekitar jam 1.30 pagi pada 14 April 2024. Dalam kejadian tersebut, suspek melepaskan dua das tembakan dan salah satunya terkena seorang lelaki tempatan (pengawal peribadi).
Ketua Polis Selangor dalam satu laporan media berkata, siasatan awal mendapati suspek sebenarnya mahu melepaskan tembakan kepada isterinya yang sedang menunggu ketibaan jemaah umrah di situ tetapi terkena pengawal peribadi.
Suspek kemudian melarikan diri dan pihak polis kini sedang giat memburu suspek untuk siasatan lanjut. Laporan penuh menyusul.
Kredit: Facebook Farah Cie | TikTok @zakwanyaakub
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media