Oh! Tidak

“Nak Kahwin Dengan Saya?” – Inspektor Sheila Cari Calon Suami, Permohonan Terbuka Kepada Lelaki Bujang

Published on

Ohmedia percaya pasti ramai yang kenal dengan nama seorang pegawai polis wanita iaitu Inspektor Sheila. Ini selepas beberapa siri video dirinya menghina pegawai bawahan, mengugut wanita warga emas dan hina kesopanan seorang lelaki tersebar.

BACA: Inspektor Sheila Rasa Dia Tidak Lakukan Apa-Apa Kesalahan Atas 3 Pertuduhan

Apapun, nama Inspektor Sheila kembali jadi bualan selepas dikatakan sedang mencari calon suami. Inspektor Sheila Sharon Steven Kumar, 35 tahun berkongsi hasratnya itu di Facebook dan ingin mencari lelaki bujang.

“Ada sesiapa di sini mahu berkahwin dengan saya?” – Kata Inspektor Sheila…

Sila maklum pada saya di ruangan komen, kita akan pergi ke temu janji bagi menguji keserasian bersama. Dan, bagi lelaki yang lulus dengan syarat ditetapkan akan berjumpa dengan bapa saya untuk mendapatkan persetujuan dan restu daripadanya.

Hanya mereka yang komen pada hantaran ini akan keluar date dengan saya. Permohonan ini terbuka kepada lelaki bujang tanpa mengira usia, bangsa, agama, profesion, lokasi dan sebagainya.

Inspektor Sheila memberikan masa sehingga 1 Julai 2023 sahaja dan bagi mereka yang meninggalkan komen ‘YES’ akan menerima mesej darinya secara peribadi.

Meninjau di ruangan komen ramai juga lelaki bujang yang tampil mencuba nasib menjadi suami kepada Inspektor Sheila. Apapun, selamat maju jaya dan dipermudahkan urusan.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version