Connect with us

Oh! Media

Menghina Agama Islam, Raja Bomoh Didakwa Di Mahkamah Rendah Syariah

didakwa

Trending

Menghina Agama Islam, Raja Bomoh Didakwa Di Mahkamah Rendah Syariah

Sebelum ini, Raja Bomoh ada menafikan bahawa perbuatannya tidak melanggar akidah dan syariat Islam, namun hari ini, Raja Bomoh bersama Puteri Zaleha telah didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh.

ADVERTISEMENT

BACA: “Hanya Mendoakan Keselamatan Semua..” – Raja Bomoh Nafi Upacara Bertentangan Syariat Islam

Menerusi laporan Utusan, mereka berdua berdepan dengan dua pertuduhan,bawah Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 kerana mencela dan menghina agama Islam dan Seksyen 16 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 kerana menghina dan mengingkari pihak berkuasa agama.

didakwa

Ibrahim atau dikenali sebagai Raja Bomoh telah tiba di perkarangan Jabatan Kehakiman Mahkamah Syariah Perak pada jam 11 pagi tadi dengan berpakaian sut berwarna hitam dan bersongkok.

Ibrahim sebelum ini mendakwa upcara yang dilakukannya itu adalah petua zaman dulu untuk meminta semua kawasan di Malaysia agar tidak banjir. Puteri Zaleha juga ada mendakwa bahawa perbuatannya adalah untuk mengelak bencana banjir kerana berdasarkan tilikannya, Teluk Intan akan ditenggelami banjir.

Astaghfirullahalazim, semoga perkara ini tidak lagi terjadi dan semoga mereka belajar dari kesilapan yang dilakukan ini. Sesungguhnya, memohon pertolongan terus daripada Allah adalah jalan yang terbaik.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas