Connect with us

Oh! Media

Melambung Dan Jatuh Atas Lorong Kecemasan, Dua Lelaki Maut Dilanggar Lori Treler

pemandu treler

Oh! Tidak

Melambung Dan Jatuh Atas Lorong Kecemasan, Dua Lelaki Maut Dilanggar Lori Treler

Kejadian di lorong kecemasan Kilometer 241.6, Lebuh Raya Utara Selatan arah Utara, dua lelaki maut dilanggar lori treler.

ADVERTISEMENT

BACA: 17 Mangsa, 8 Kanak-Kanak Maut Dalam Kemalangan Melibatkan Treler

Menurut laporan Utusan, kemalangan yang berlaku itu melibatkan tiga buah kenderaan, iaitu lori jenis Isuzu, motosikal jenis Honda dan sebuah treler.

Berhenti di lorong kecemasan kerana kehabisan minyak

lori treler

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Hazri Mohamad menyatakan, kejadian yang berlaku pada jam 12.30 tengah malam itu telah menyebabkan mangsa, Saifuddin Abdullah, 50 pemandu lori dan R. Morgana Krishnan, pemandu motosikal meninggal dunia di lokasi kejadian. Kedua-duanya mengalami kecederaan di bahagian kepala.

Kemalangan ini membabitkan tiga buah kenderaan iaitu lori jenis Isuzu, motosikal jenis Honda dan sebuah treler. Berdasarkan siasatan awal, pemandu lori berhenti di lorong kecemasan kerana kehabisan minyak dan dibantu oleh penunggang motosikal yang datang membawa botol minyak. 

Kemudian datang lori treler dari arah Ayer Keroh menghala ke Senawang merempuh pemandu lori dan penunggang motosikal yang berdiri di sebelah kanan lori menyebabkan kedua-dua mangsa melambung dan jatuh di atas lorong kecemasan di tempat kejadian.

Treler yang melanggar mangsa difahamkan telah meninggalkan lokasi selepas kemalangan dan pihak polis sedang berusaha mengesan pemandu.

Semoga pemandu treler itu berjaya dikesan polis dan dikenakan tindakan yang sewajarnya.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas