Oh! Tidak

Lelaki ‘Test Power’ Buat Drift Sampai Rempuh Kereta Lain Akhirnya Ditahan

Published on

Seorang lelaki punyalah nak ‘test power’ buat drift kereta jenis Toyota Supra dia sampai rempuh kereta lain. Haa, cari pasal!

Menurut laporan Harian Metro, kejadian itu berlaku di Jalan Desa Botani 1, Taman Botani, Batu Pahat pada jam 12 tengah malam kelmarin.

Perkara itu tular di media sosial semalam buatkan pihak polis menjalankan siasatan sebelum berjaya menahan lelaki berusia 20-an itu pada jam 1.15 tengahari semalam.

Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) daerah Batu Pahat mengesan video yang tular itu menunjukkan rakaman kereta dipandu secara berbahaya sambil melakukan drift dan perkara ini dikatakan sendiri Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani.

Tindakan suspek menyebabkan keretanya dipandu merempuh pacuan empat roda yang diparkir di tempat kejadian.

Bertindak atas maklumat serta hasil risikan lanjut, polis berjaya mengenal pasti pemandu dan kenderaan yang terbabit.

Suspek ditahan dan saringan air kencing ke atas suspek mendapati dia negatif dadah. Pada masa sama, kereta terbabit turut disita untuk tindakan lanjut.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

Suspek pula akan dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat hari ini untuk perintah reman.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version