Oh! Tidak
Lelaki Bakar Kereta Polis Untuk Raih ‘Views’ Akhirnya Ditahan
Tular satu video menunjukkan sebuah kereta polis bantuan telah dibakar oleh seorang lelaki berdekatan Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Mutiara Damansara baru-baru ini.
Menurut satu hantaran Malaysia Most Viral, pihak polis telah pun menahan lelaki berusia 26 tahun yang dipercayai melakukan perkara itu.
Suspek yang merupakan warga tempatan itu ditahan bersama barangan yang dipercayai digunakan ketika kejadian di rumahnya yang terletak di Flora Damansara tengah hari semalam.
Hasil siasatan awal mendapati tujuan lelaki itu melakukan perbuatan terbabit bagi mendapat view di TikTok dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abdul Hamid.
Hasil siasatan suspek tiada rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing dapati dia positif dadah morfin.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat.
Kredit: X Malaysia Most Viral
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
[EKSKLUSIF] Ardell Mikeno Ditahan IDF, Sel 12 Penjara Syahid & Misi Sudan | Oh! Podcast Ep19
OH! MEDIA 18 hours ago