Connect with us

Oh! Media

“Korang Dah Kenapa?”- DBKL Bengang Pokok Hiasan Habis Musnah Dipijak Rakyat Merdeka

dbkl

Trending

“Korang Dah Kenapa?”- DBKL Bengang Pokok Hiasan Habis Musnah Dipijak Rakyat Merdeka

Sambutan hangat rakyat ketika sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur yang diadakan secara besar-besaran sememangnya menjadi tumpuan sejak semalam.

ADVERTISEMENT

Kehadiran ratusan ribu pengunjung bagi memeriahkan sambutan perarakan itu sebaliknya menjadi satu keadaan yang tidak memuaskan apabila banyak landskap dan tanaman hiasan di sekitar pusat bandaraya telah dirosakkan oleh pengunjung yang hadir.

Perihal mengecewakan itu turut diuar-uarkan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi Facebook rasmi mereka, semalam.

Seronok admin tengok lautan manusia membanjiri jalan-jalan sekitar Dataran Merdeka bagi bersama-sama meraikan sambutan Hari Kebangsaan. Semangat cintakan negara seperti inilah yang kita mahu.

Tapi dalam pada itu, ada pula sesetengah dalam kalangan kita yang langsung tak pedulikan persekitaran dan keindahan kawasan. Langsung rasa tak bersalah merosakkan landskap yang disemai cantik.

Pihak DBKL turut memuat naik beberapa foto dan video yang memaparkan pokok-pokok hiasan habis musnah dipijak pengunjung yang hadir.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa kecewa dengan sikap sesetengah rakyat yang tidak bertanggungjawab bagi menjaga harta benda awam.

Dah la pemikiran sempit, perangai pula buruk. Ada hati nak sambut merdeka. Merdekakan diri dulu baru boleh keluar sambut. Jenis manusia tak ada sivik.

Namun begitu, ada juga yang merasakan perkara itu ‘biasa’ kerana pihak berwajib sepatutnya menyediakan kawasan yang sesuai bagi menampung kehadiran orang ramai.

Tak boleh nak salahkan diorang jugak, ada yang datang dari jauh, dengan tempat terhad tak relevan tanam pokok macam ni.

Apa pendapat anda? Sikap buruk tapi pokok pula dipersalahkan? Apapun, kita sama-samalah perbaiki diri untuk jadi lebih baik.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas