Oh! Tidak

Konon Nak Tegur Van Jenazah Bawa Laju, Sekali Kena Sindir Dengan Netizen

Published on

Padah menegur van jenazah dipandu secara laju, seorang lelaki menjadi mangsa kecaman netizen. Dalam satu hantaran di TikTok, lelaki itu berkata, pemandu tak perlu kelam kabut di jalan raya kerana ‘penumpang’ sudah meninggal dunia.

Dalam hantaran itu, dia memuat naik video rakaman menunjukkan van jenazah memotong kenderaan lain dari sebelah kiri jalan raya.

“Orang tu sudah tiada”

Kalut nak pi mana. Bawa elok-elok. Yang dah pergi tu dah tiada apa yang kalut lagi.

Di ruangan komen, netizen mengecam tindakan pengguna TikTok ini dan menjelaskan ada beberapa hal yang perlu disegerakan apabila meninggal dunia.

Tak kurang juga yang menyindir lelaki ini berkata, akan tiba masanya lelaki ini memerlukan khidmat van jenazah untuk menghantarnya ‘pulang’.

Netizen secara berseloroh berharap pemandu akan melengah-lengahkan urusan pengebumian individu tersebut dengan menuju ke tempat lain dahulu.

BACA: (VIDEO) Lelaki Cuak ‘Tinted’ Van Jenazah Buat Netizen Geli Hati

Kredit: TikTok @omaryothman

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version