Connect with us

Oh! Media

Kecoh Pelakon Melayu Terpaksa Berlakon Dalam ‘Drama Sejenis’, Jakim Sedia Rujuk SKMM

Oh! Tidak

Kecoh Pelakon Melayu Terpaksa Berlakon Dalam ‘Drama Sejenis’, Jakim Sedia Rujuk SKMM

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila terdapat isu mengenai sebuah drama yang berkonsepkan hubungan sejenis serta dibarisi oleh pelakon tempatan.

ADVERTISEMENT

BACA: DBKL Tutup Premis Menawarkan Perkhidmatan Urut Dan Aktiviti Hubungan Sejenis

Bukan sahaja mengetengahkan genre gay, malah ia juga turut ditayangkan dalam sebuah aplikasi temu janji kaum sejenis dan dipercayai bertujuan mempromosikannya.

Berhubung dengan perkara itu, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa terkejut selain mempersoalkan bagaimana drama tersebut boleh diluluskan.

Pelakon luah kekecewaan, akui tidak tahu ada babak ‘kurang menyenangkan’

Dalam pada itu, salah seorang pelakon dalam drama kontroversi bertajuk Stay Away From Me itu, Danish Iskandar telah tampil memberikan penjelasan selepas menerima kritikan daripada netizen.

Menerusi sebuah perkongsian di laman Twitter, dia menegaskan bahawa dirinya tidak tahu dalam drama tersebut terdapat babak ‘kurang menyenangkan’ kerana tidak dinyatakan dalam kontrak.

Selain itu, dia juga tidak diberitahu bahawa drama tersebut bertujuan untuk mempromosi sebuah aplikasi gay dan hanya dimaklumkan mengenai jalan ceritanya sahaja.

Pada awalnya dia menyangka bahawa drama tersebut bersifat hubungan erat bersama rakan-rakan dan hanya mengetahui ianya bertujuan mempromosi sebuah aplikasi.

Namun selepas seminggu dikuarantin akibat terkena jangkitan dan menyambung pengambaran, dia mengakui terdapat babak kurang menyenangkan yang sengaja ditambah tanpa diberitahu.

Selepas drama tersebut bakal disiarkan, Danish baru menyedari drama tersebut bertujuan untuk mempromosi aplikasi gay sehingga membuat dirinya kesal akan perkara tersebut.

Dalam pada itu, dia juga bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap perkara itu selain memohon maaf dan berjanji akan lebih berhati-hati selepas ini.

Pandang serius akan isu tersebut, Jakim sedia rujuk SKMM

Sementara itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersedia merujuk isu tersebut kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menjalankan siasatan.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad, perkara itu dibuat kerana ia jelas bertentangan dengan norma dan budaya rakyat Malaysia.

Ia norma rakyat Malaysia yang tidak beretika. Semua agama tidak boleh menerima konsep berkenaan dengan gay ini.

Bagaimanapun, beliau menyatakan bahawa jika perkara tersebut berlaku di mana-mana negeri, Jabatan agama negeri akan diminta memanggil pelakon terbabit untuk mendapatkan kepastian.

Kredit: Twitter danishleh dan seketulawan I Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas