Sebelum ini, negara kita pernah dikejutkan dengan seorang kanak-kanak cedera akibat terkena serpihan paip singki yang meletup disebabkan asid yang digunakan oleh jiran.
BACA: Paip Singki Meletup Sebab Jiran Guna Asid, Ibu Terkilan Didesak Tarik Balik Laporan Polis
Baru-baru ini, berlaku lagi kejadian seperti itu apabila seorang budak berumur 6 tahun cedera akibat asid yang keluar daripada paip rumah jiran tingkat atas.
Asid bersih paip
Kejadian yang berlaku di Kepong, Kuala Lumpur itu terjadi apabila asid menitis daripada saluran paip plastik mencair sebaik sahaja terkena cecair berkenaan.
Bapa saudara mangsa memberitahu kanak-kanak tersebut mengalami kegatalan dan pedih mata akibat terkena asid.
Anak buah tiba-tiba dia menjerit sebab asid dah masuk mata. Bila pergi saya hidu bau belerang yang sangat kuat. Adik naik ke rumah jiran bagi memaklumkan kejadian itu dan didapati dia baru lepas menuang asid tersebut.
Mangsa kini sedang dirawat di unit kecemasan sebuah hospital. Semoga adik dapat sembuh seperti sediakala.
Kredit: Kosmo
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media