Menurut laporan xtra, Fara meminta Sera dan seorang lagi individu bernama Rohanah untuk tidak mengganggu kehidupannya dan permintaan itu adalah amaran terakhir di IG Story.
Rohanah & Rossa Sera. Stop ganggu hidup aku dan keluarga aku!!!! Stop ganggu semua urusan hidup aku. Last warning untuk keluarga ni.
Bukan tu jer, Fara juga ada menyifatkan bekas isteri kepada Shuk Sahar itu sebagai iblis yang hanya berlakon baik saja.
Pempengaruh itu juga ada menulis kalau nak kacau dirinya, tunggu dia cerai kepada Sera dan Rohanah. Hal itu buatkan ramai yang tertanya-tanya bila masa Fara kahwin ni dan apa hubungan terkininya dengan Shuk?
Kalau kau nak ganggu sangat. Kau tunggu aku cerai ok? Tak payah acah-acah baik padahal kau bapak segala iblis Sera.
Sebelum ini kami ada melaporkan Fara Salleh dedah di media sosial yang dirinya dipukul individu yang sama berkali-kali.
Walau bagaimanapun, Fara Salleh tidak memetik siapa nama individu yang dimaksudkan dan perkongsian itu pun telah dipadam.