Mangsa, Nik Amirah Nik Ab Rahman, suaminya Nik Mohd Zulmi Ramli dan anak Nik Aishah Azzahra berusia 5 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.
3 keluarga maut dihempap pokok besar tumbang
Memetik laporan Berita Harian, ketika kejadian keluarga itu dalam perjalanan menuju ke Kota Bharu daripada Machang.
Kejadian yang berlaku di Kampung Bukit Cina, Kok Lanas itu turut menghempap Honda City tetapi kesemua mangsa dilaporkan selamat.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh, Mohd Roslan Omar berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 45 minit untuk mengeluarkan tiga mangsa tersepit.
Pokok yang menghempap dua kenderaan itu setinggi 50 meter dan sebesar dua pemeluk tumbang akibat ribut dan hujan lebat.
Suasana pilu mengiringi kawasan kejadian apabila si ibu yang sedang hamil didapati sedang meriba anaknya di tempat duduk hadapan.
Rakan Nik Amirah dalam satu ruangan komen berdoa semoga arwah rakannya itu tenang bersama suami dan anak-anak. Katanya, arwah seorang yang baik dan buktinya ramai orang mendoakan kesejahteraan arwah.