Oh! Tidak

Isteri Orang Selamba Buka Aib Sendiri Di TikTok, Bangga Ada Skandal Di ‘Luar’

Published on

Dunia semakin tenat, orang ramai seakan-akan sudah hilang perasaan malu dan tidak takutkan dosa. Buktinya, ramai isteri orang tanpa segan silu mendedahkan aib sendiri menerusi ruangan komen satu perkongsian di TikTok.

BACA: Pasangan Selebriti Terkenal Bergelar Suami Isteri Kantoi Masing-Masing Ada Skandal?

Dalam perkongsian itu, seorang pengguna TikTok memuat naik titik terindah hidupnya apabila berskandal dengan isteri orang.

Tulisnya, apabila di rumah mereka akan berhenti berhubung supaya masing-masing dapat beri tumpuan kepada pasangan halal.

Luah individu itu, dia akan bahagia apabila tiba-tiba skandal yang merupakan isteri orang itu mesej meluahkan rasa rindu.

Di ruangan komen, ramai pula isteri orang seolah-olah mengiyakan ‘perasaan’ itu. Mereka secara terbuka membicarakan kebahagiaan mereka sehingga mengundang rasa kurang senang orang ramai.

Orang ramai mengutuk tindakan para wanita yang mendedahkan keburukan sendiri di media sosial. Haih apa nak jadi.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.


Exit mobile version