Connect with us

Oh! Media

Ini Realiti, Bukan Sinetron! Dulu Sakit Terlantar Isteri Jaga, Bila Sihat Tertangkap Serumah Dengan Skandal

skandal

Oh! Tidak

Ini Realiti, Bukan Sinetron! Dulu Sakit Terlantar Isteri Jaga, Bila Sihat Tertangkap Serumah Dengan Skandal

Air susu dibalas tuba. Itulah luahan seorang anak perempuan yang terlalu kecewa, sedih dan marah dengan perbuatan bapa kandungnya sendiri.

ADVERTISEMENT

Menerusi video yang tular di TikTok, Reni Wijaya telah berkongsi rakaman ketika dia menerjah sebuah rumah dan telah dihalau oleh satu pasangan.

Rupa-rupanya, menurut Reni itulah rumah tempat ayahnya bermadu asmara bersama skandal perempuannya itu. Pada mulanya, mereka disangka akan panik selepas ‘kantoi’ berhubungan sebaliknya Reni dimarahi, ditolak dengan kasar serta didesak untuk pergi dari situ.

@reni.wijaya95 Balas @fatyaaagh ♬ Mungkin Hari Ini Esok Atau Nanti – Anneth

Perkongsian itu mendapat lebih 25juta tontonan di TikTok dan Reni yang bersedih dengan apa yang berlaku turut menceritakan detik ketika ayahnya itu sakit pada tahun lalu.

Katanya, ketika perlu berulang-alik ke pusat perubatan kerana masalah Tuberculosis dan ketika terlantar tidak mampu menguruskan diri sendiri, skandal tersebut hilang entah ke mana. Anak-anak dan isteri yang ada di sisi bersusah payah menjaganya siang dan malam. Namun, selepas sembuh ayahnya itu kembali membuat ‘perangai’ dan tergamak mengguris hati ibunya.

Melihat reaksi netizen yang menonton rakaman tersebut turut sama berasa marah terhadap bapa Reni selain geram terhadap wanita simpanannya yang mengasari dan mengusir Reni.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas