Connect with us

Oh! Media

Ini Elaun Yang Bakal Peserta PLKN 3.0 Dapat Untuk Sehari!

Copy of Untitled Design   1

Oh! Tidak

Ini Elaun Yang Bakal Peserta PLKN 3.0 Dapat Untuk Sehari!

Kementerian Pertahanan mengesahkan bahawa kadar elaun peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan kekal pada RM8 sehari. 

Menurut laporan Harian Metro, program tersebut belum bermula dan tiada keperluan untuk menaikkan elaun buat masa ini dan perkara ini dikatakan sendiri Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

PLKN 3.0 bermula Januari 2024

Img 5703

Datuk Seri Mohamed Khaled menjelaskan bahawa PLKN 3.0 akan dilaksanakan bermula Januari 2024 dengan tempoh program selama 45 hari di kem tentera. 

IKLAN

Bukan tu jer, beliau turut menegaskan bahawa insiden seperti buli dan provokasi dijangka dapat dielakkan memandangkan program ini lebih singkat berbanding versi sebelumnya.

Berasaskan tempoh singkat ini, kita percaya isu-isu seperti itu dapat ditangani.

Kementerian Pertahanan pilih untuk kekalkan amaun elaun

Img 5704

Sebelum ini, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Keselamatan mencadangkan kadar elaun peserta dinaikkan kepada RM50 sehari. 

Namun, Kementerian Pertahanan setakat ini memilih untuk mengekalkan kadar semasa sehingga program dimulakan.

Selain itu, Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari memaklumkan bahawa Latihan Percubaan PLKN 3.0 akan melibatkan 200 pelatih lelaki secara sukarela selama 14 hari bermula 12 Januari tahun depan.

#OhmediaNasihat

Program seperti PLKN 3.0 bertujuan membina jati diri dan semangat patriotisme generasi muda. Walaupun kadar elaun kekal rendah, penting untuk melihat nilai program ini dari sudut pembentukan sahsiah dan pengalaman. Semoga penambahbaikan akan dilaksanakan pada masa akan datang untuk menarik lebih ramai menyertai program ini secara sukarela.

Copy of Untitled Design   1

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas