Oh! Tidak

Hot Daddy Bersama Dua Teman Wanita Didakwa Lagi Atas Tuduhan Jual Video Lucah

Published on

Hari tu dah lepas kan tapi tak bermakna kes melibatkan Hot Daddy ni habis macam tu sahaja. Terbaru, Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli bersama-sama dua teman wanitanya, Norhidayah Mahadi dan Norshazrina Md Zamri didakwa sekali lagi di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

BACA: “Jahatnya Post Nama Full, Expose Bapa Ayam Dah Lah” – Individu Persoal Nama 6 Wanita ‘Hot Daddy’ Didedah

Mereka bertiga bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas dakwaan terlibat dengan aktiviti persundalan di hadapan Majistret, Nurul Izzah Shaharuddin.

Dalam pertuduhan itu, mereka bertiga juga didapati menjual rakaman video lucah kepada orang awam untuk menjana keuntungan.

Mahkamah kemudian meletakkan ikat jamin sebanyak RM4,000 kepada setiap seorang tertuduh dan kes akan dibicaran semula pada 22 April depan.

Apapun, bukan itu sahaja dakwaan yang diterima Hot Daddy dan Norhidayah. Mereka berdua turut didakwa atas tuduhan memiliki bahan lucah yang bertentangan dengan kesopanan awam.

Mereka turut mengaku tidak bersalah dengan dakwaan ini dan mahkamah membenarkan ikat jamin sebanyak RM5,000 setiap seorang.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version