Oh! Tidak

Dedah Sisi Gelap Perkahwinan, Wanita Ini Akui Murung Berkahwin Dengan Lelaki Gila S*ks

Published on

Tular satu video di TikTok mengenai seorang wanita mendedahkan sisi gelap perkahwinannya apabila terpaksa mengikut kemahuan suami yang sentiasa mahu ‘bersama’.

BACA: Bakal Kahwin Tahun Depan, Penyondol Tanya Netizen Salah Ke Bercinta Dengan Suami Orang

Wanita yang tidak mahu dikenali itu mengakui suaminya sentiasa mengajaknya bersama meskipun dalam keadaan haid ataupun selepas pembedahan.

Sentiasa mahu bersama

https://www.tiktok.com/@niellshaffofficial/video/7240364313188388098?_t=8cxWLHp1QLy&_r=1

Wanita yang tidak mempunyai anak itu juga mengakui suaminya akan menarik muka dan mengamuk sekiranya ajakan lelaki tersebut ditolak. Dirinya juga sentiasa berasa tertekan hingga mengakibatkan kemurungan.

Saya rasa macam “Aku ni kahwin dengan lelaki gila seks ke?”. Sejujurnya sepanjang perkahwinan, kalau saya tolak ada la benda tak kena. Tiba-tiba dia macam nak marah, dia nak baran.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen berasa simpati dengan nasib yang berlaku pada perkahwinan wanita itu.

Semoga yang baik-baik sahaja.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version