Seorang wanita buat hal dipercayai kerana kencing di dalam kedai serbaneka. Seriuslah! Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kelihatan dua orang wanita dalam keadaan mencurigakan di bahagian hujung kedai.
BACA: Tular Video Anak Kencing Di Dapur Restoran, Pihak Kesihatan Arah Premis Ditutup Serta-Merta
Setelah dihampiri dua orang pelanggan lain, wanita itu kemudiannya meninggalkan kedai dengan tergesa-gesa dan tak tentu arah.
Kantoi kencing dalam kedai?
Perbuatan kotor wanita itu terbongkar selepas pekerja kedai memeriksa kawasan kedai berkenaan yang berbau hancing.
Video rakaman tindak tanduk itu kemudiannya dimuat naik di TikTok dan menerima kecaman ramai.
Biar betul, tak tahan sangat nak kencing ke?
Kredit: TikTok @__amermuhsin
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media