Oh! Tidak

Cium Pipi Lelaki, Ustaz Terkenal Dari Kelantan Kekal Dipenjara 13 Bulan

Published on

Pendakwah terkenal dari Pantai Timur dikenali sebagai Ustaz Budak kekal menjalani hukuman penjara selama 13 bulan selepas Mahkamah Tinggi Kota Bharu menolak rayuan yang dibuat tertuduh.

BACA: Ustaz Budak Didakwa Lagi, Kini Dengan 8 Pertuduhan Seksual Kanak-Kanak

Memetik laporan Astro Awani, tertuduh didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap seorang ahli perniagaan lelaki berusia 30 tahun termasuk mencium pipi di sebuah hotel pada jam 1.15 pagi, 16 Disember 2020.

Dalam penghakiman hari ini, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Abazafree Mohd Abbas menolak 7 perkara yang dibangkitkan perayu yang merupakan mudir sebuah madrasah tahfiz di Machang.

Perayu didapati tak mempunyai bukti kukuh untuk menimbulkan keraguan dalam kes pendakwaan terhadapnya. Hakim juga mengarahkan pemenjaraan itu berkuat kuasa serta-merta.

Oleh sebab itu, mahkamah ini mengekalkan sabitan dan berpendapat hukuman daripada Mahkamah Majistret sebelum ini adalah tepat serta memadai.

Pada 9 Mac, tertuduh dijatuhi hukuman penjara selepas didapati bersalah mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan. Mahkamah bagaimanapun membenarkan penangguhan hukuman terhadapnya sepanjang tempoh rayuan.

Kredit: Astro Awani

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Exit mobile version