Kali ini tular pula berita mengenai pasangan kekasih berusia 29 tahun dan 19 tahun ditangkap kerana berkelakuan tidak senonoh dalam kereta putih. Haih, serius ah?
Buat projek dalam kereta
Kejadian dikatakan berlaku di tapak parkir kenderaan Tasik Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang. Suspek lelaki berusia 29 tahun dan wanita berusia 19 tahun telah ditahan oleh pihak polis pada jam 11 malam, 23 Mei yang lepas.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak memaklumkan pasangan itu ditahan susulan sebuah video berdurasi 42 saat itu tersebar di media sosial memaparkan aksi tidak senonoh mereka.
Kami telah memulakan siasatan berhubung perkara itu dan berjaya mengesan pasangan terbabit sebelum menahan mereka sekitar Pasir Gudang. Kami akan berkongsi butiran lanjut sebaik mendapat perintah reman.