Oh! Tidak

Bak Kut Teh Diiktiraf Sebagai Hidangan Warisan Negara?

Published on

Hidangan sup babi, bak kut teh diiktiraf sebagai sebahagian daripada Warisan Negara secara rasminya. 

Menurut laporan Harian Metro, Pesuruhanjaya Warisan, Mohamad Muda Bahadin telah mengisytiharkan 10 makanan termasuk menu itu sebagai Warisan Negara.

Warta Kerajaan telah menyiarkan pengumuman itu yang turut menyenaraikan dodol, kuih lapis, burasak, mi kolom, nasi ambeng, kuih karas, uthappam, jeruk tuhau dan minuman air kitara.

Hidangan kegemaran masyarakat Cina iaitu bak kut teh ada herba aromatik dan rempah ratus yang diambil sebagai tonik berkhasiat dalam kalangan buruh dan kuli pada awal abad ke-19.

Hidangan itu juga dikatakan berasal dari masyarakat Hokkien di Pelabuhan Klang tapi asal usulnya dipertikai negara Singapura sama seperti Nasi Ayam Hainan yang mengatakan ianya sebagai warisan unik Singapura.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version