Siapa tak kenal dengan pemilik laman sosial Adam’s Autism Family yang sering berkongsi secara terbuka dan memberi kesedaran mengenai anak-anak autisme.
BACA: Jiran ‘Complaint’ Anak Bising, Keluarga Adam Autism Terpaksa Pindah Rumah
Terbaru, bapa kepada Adam iaitu Iman Wan Tuck Meng mendedahkan kesabarannya diuji lagi apabila anaknya, Adam mengamuk merosakkan komponen dalam kereta.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Iman berkata dia terpaksa berhentikan kenderaan di tepi jalan dan melihat Adam mengamuk.
Ketika itu, dia mengakui hilang sabar dan sikit lagi nak naik tangan terhadap Adam. Dia terlalu marah namun hanya mampu beristighfar.
Kongsinya lagi, kadang kala tindakan Adam mencabar dirinya sehingga dia berasa takut tak mampu mengawal diri dan hilang akal.
Dengan nada pasrah, Iman menunjukkan satu persatu bahagian dalam kereta yang dipecahkan. Dia berseloroh bertanya adakah pihak insurans akan menanggung kos baiki yang berpunca daripada anak sendiri.
Di ruangan komen, orang ramai memberi kata-kata semangat dan berdoa semoga keluarga ini sentiasa diberi ketabahan. Amin.
Kredit: TikTok Adam’s Autism Family
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.