Connect with us

Oh! Media

Aksi Bahaya Di R&R Pedas-Linggi: Polis Buru Kereta Halang Laluan Lebuhraya

Ohmedia kereta halang laluan

Oh! Tidak

Aksi Bahaya Di R&R Pedas-Linggi: Polis Buru Kereta Halang Laluan Lebuhraya

Tiga kereta halang laluan di R&R Pedas-Linggi, polis siasat bawah tiga akta.

Satu kejadian yang mencetuskan kemarahan ramai berlaku di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran R&R Pedas-Linggi. Tular sebuah video menunjukkan tiga buah kereta berhenti dan menghalang laluan, dipercayai sengaja dilakukan, sehingga membahayakan keselamatan pengguna lain.

Pihak polis kini sedang mengesan pemilik ketiga-tiga kenderaan tersebut bagi membantu siasatan. Ketua Polis Daerah Rembau, Superintenden Hasani Hussain memaklumkan bahawa kes ini disiasat mengikut beberapa peruntukan undang-undang termasuk Seksyen 279 dan 341 Kanun Keseksaan serta Seksyen 48 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

https://twitter.com/ohtweet/status/1940639040627515432?s=46

Kes disiasat mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu secara cuai atau melulu sehingga membahayakan keselamatan pengguna jalan raya.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.- Katanya dalam satu kenyataan rasmi.

Pemandu halang laluan boleh didenda dan digantung lesen…

Kereta

Tambah Hasani, siasatan turut melibatkan Seksyen 341 Kanun Keseksaan kerana menghalang laluan orang awam. Kesalahan ini membawa hukuman penjara sehingga satu bulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya sekali.

IKLAN

Selain itu, Seksyen 48 Akta Pengangkutan Jalan 1987 juga memperuntukkan hukuman denda minimum RM1,000 dan maksimum RM5,000 serta penggantungan lesen memandu sehingga 12 bulan sekiranya sabit kesalahan.

Tindakan membahayakan pengguna lebuh raya lain…

Polis

Hasani menegaskan bahawa polis memandang serius sebarang tindakan yang mengganggu kelancaran trafik, apatah lagi di lebuh raya yang berkelajuan tinggi.

Ia mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain terutamanya di lebuh raya yang mempunyai aliran trafik berkelajuan tinggi.

Tindakan sedemikian bukan sahaja melanggar undang-undang, malah berpotensi menyebabkan kemalangan maut.- Katanya lagi.

Bagi membantu siasatan, orang awam yang mempunyai maklumat diminta tampil dan menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Noor Fathiah Ak’Dilah Ishak di talian 010-5825384 atau Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Siti Nur Balqes Abdul Rahim di talian 019-7992519. Maklumat juga boleh disalurkan terus ke Bilik Gerakan IPD Rembau di 06-6851999.

Pssttt! Korang, tolong jangan main-main atas jalan raya. Perbuatan halang laluan, apatah lagi di lebuh raya, bukan saja melanggar undang-undang tapi boleh meragut nyawa. Jangan fikir aksi macam ni “gaya” atau boleh jadi content media sosial. Jalan raya untuk semua, bukan pentas untuk aksi berbahaya. Hormatilah undang-undang, dan lebih penting hormati nyawa orang lain.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas