Oh! Tidak
10 Klinik Haram Diserbu KKM Dan Imigresen! Warga Bangladesh Menyamar Jadi Doktor
Kegiatan klinik haram di tengah ibu kota terbongkar apabila Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyerbu 10 premis yang dipercayai menawarkan perkhidmatan kesihatan tanpa kelulusan.
Serbuan yang dilakukan semalam berjaya menahan 10 lelaki warga Bangladesh yang menyamar sebagai doktor!
Warga Bangladesh menyamar jadi doktor tidak bertauliah

Menurut Ketua Pengarah JIM, Datuk Zakaria Shaaban, operasi khas ini melibatkan beberapa lokasi seperti Jalan Tun Tan Siew Sin, Leboh Pudu, dan Jalan Silang.
Berdasarkan aduan awam dan maklumat risikan yang dijalankan selama dua minggu, pasukan operasi diatur gerak ke lokasi premis perniagaan dan berjaya menahan 10 orang lelaki warga Bangladesh berusia di antara 31 hingga 50 tahun.
Sebahagian daripada mereka memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) tetapi tidak berkaitan sektor perubatan, manakala selebihnya tinggal melebihi masa atau tiada dokumen sah.
Difahamkan modus operandi mereka adalah berselindung di sebalik kedai makan dan runcit untuk menawarkan perkhidmatan perubatan khusus untuk warga Bangladesh. Bayaran yang dikenakan adalah RM50 hingga RM200.
Rampasan bernilai lebih RM265,000

Operasi ini juga berjaya merampas peralatan doktor palsu, 502 jenis ubat tidak berdaftar bernilai RM265,192, dan wang tunai RM800 hasil rawatan dan jualan ubat.
Kesemua suspek kini ditahan di Depot Imigresen Putrajaya untuk siasatan lanjut, manakala dua lelaki warga Bangladesh dan enam wanita tempatan turut diberi notis untuk membantu siasatan.
#OhmediaNasihat
Kegiatan klinik haram seperti ini sangat berbahaya kerana melibatkan ubat-ubatan tidak berdaftar yang boleh memudaratkan nyawa. Peringatan untuk semua agar sentiasa mendapatkan rawatan daripada klinik yang berdaftar dan bertauliah untuk mengelakkan risiko kepada kesihatan.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook
Rujukan kami: Berita Harian
[EKSKLUSIF] Ardell Mikeno Ditahan IDF, Sel 12 Penjara Syahid & Misi Sudan | Oh! Podcast Ep19
OH! MEDIA 18 hours ago