Oh! Tech

U Mobile Tawar Pakej 5G Terpaling Rahmah Serendah RM58 Sebulan

Published on

Berita baik bagi pengguna U Mobile, jenama telekomunkasi ini telah menawarkan pakej baharu bagi U Postpaid iaitu ‘Pakej 5G Terpaling Rahmah’.

Pakej ini menawarkan data internet 200GB dengan kelajuan 5G pada harga RM58 sebulan berbanding RM68 sebelum ini.

Dengan pakej U Postpaid, pengguna juga boleh menggunakan telefon pintar sebagai hotspot dan juga boleh menggunakan data 5G ketika anda berada di Singapura, Indonesia atau Thailand.

Malah, pengguna juga boleh menggabungkan ‘Pakej 5G Terpaling Rahmah’ dengan pelan Samsung Galaxy A14 atau Honor 90 Lite 5G.

Maklumat lanjut akan dimaklumkan pada 31 Ogos 2023.

Kredit: Malaysian Wireless

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Kadang-kadang kesian pulak tengok Dai Syed ni.

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media

Exit mobile version