Oh! Tech

TNG Digital Dikenakan Denda Sebanyak RM600,000 Oleh Bank Negara Malaysia

Published on

Semalam, Bank Negara Malaysia mengumumkan mereka telah mengenakan denda sebanyak RM600,000  terhadap TNG Digital Sdn Bhd, kerana telah melanggar dua akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

Malah, TNG juga melaksanakan saringan ke atas nama pelanggan dan turut membuatkan dua individu yang dihukum dibawah AMLA (Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2014) menggunakan perkhidmatan dibawah TNGD.

Dalam pada itu, TNGD juga dikatakan tidak membuat pengesahan dan siasatan lanjut melibatkan pelanggan tersebut.

Sementara itu, Bank Negara Malaysia memaklumkan yang TNGD telah melakukan pembayaran denda sebanyak RM600,000 pada 31 Mei 2023 lepas.

BACA: TnG eWallet Tambah Ciri Baru, Pengguna Dapat Notifikasi Sekiranya Data Peribadi Mengalami Kebocoran

Sebelum ini kami ada kongsikan berita mengenai aplikasi Touch n Go eWallet kini menambah sebuah ciri baharu dengan fokus terhadap data peribadi, iaitu MyCyberShield.

Kredit: amanz

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Memang lah sangat membantu tapi sampai bila?

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media

Exit mobile version