Oh! Tech

Selalu Perli Apple Letak ‘Takuk’, Samsung Akhirnya Masih Tetap Ikut Jejak Langkah Apple?

Published on

Ohmedia dah pernah kata dulu, Samsung ni kalau diorang perli-perli Apple, tak lama lepas tu mesti tiru Apple juga akhirnya. Kecoh dekat Twitter sekarang ni bila tersebar gambar model keluaran terkini Samsung yang turut terlihat takuk pada bahagian sisi skrin untuk meletakkan kamera.

Gambar yang didakwa adalah kemas kini terbaru model tablet Samsung untuk siri Galaxy Tab S8 tersebar dan orang ramai mula mengungkit semula kenyataan Samsung sebelum ini yang memerli Apple masih menggunakan takuk pada iPhone 13.

Perkongsian dari Onleaks itu menunjukkan Galaxy Tab S8 Ultra yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Model ini dipercayai bakal menjadi tablet paling berkuasa yang lengkap dengan skrin panel AMOLED bersaiz 14.6 inci serta rekaan bazel nipis.

Bagaimanapun, ini hanyalah gambaran awal bagi model terbaru Samsung. Masih belum ada sebarang kenyataan rasmi dari pihak Samsung dan kita menantikan majlis pelancaran bagi Galaxy Tab S8.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version