Oh! Tech

Permainan Apex Legends Mobile Akhirnya Boleh Dimain Di Malaysia

Published on

Akhirnya, pemain mobile games dah boleh muat turut Apex Legends Mobile selepas beberapa kali ia ditangguhkan. Apex Legends Mobile sebelum ini hanya hadir untuk permainan konsol dan PC, ia boleh dimuat turun secara percuma.

Cara permainan Apex Legends Mobile seakan sama dengan PUBG tetapi setiap karakter game yang dipilih mempunnyai skill tersendiri.

Untuk pengetahuan korang, Apex Legends Mobile adalah versi berlainan dengan Apex Legends untuk konsol dan PC. Bagaimanapun, cara bermain dan misi masih sama tetapi ada satu perubahan besar apabila versi mobile ada pilihan TPP (Third Person) dan kalau nak lebih fokus boleh guna FPP (First Person).

Barulah syiok dapat main Apex Legend dengan jari jemari sentuh skrin. Jadi kalau korang berminat boleh muat turun sekarang di App Store dan Play Store.

Kredit: Aksiz

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version