Oh! Tech

Kredit E-Tunai RM100 Bakal Dikreditkan Pada Suku Keempat Tahun Ini

Published on

Sebelum ini kami ada maklumkan yang kerajaan telah bersetuju untuk memberikan kredit e-tunai RM100 kepada semua rakyat Malaysia berusia lebih 21 tahun yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah. Mesti ramai yang tertanya-tanya bila nak dapat kan?

Menurut laporan Harian Metro, kerajaan juga telah mengumumkan yang ianya akan dilaksanakan pada suku keempat tahun 2023 ini. Maknanya, antara bulan Oktober sehingga bulan Disember lah ya..

Bantuan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ini sedang diperincikan pihak kementerian dan pihak berkepentingan.

Bantuan e-tunai ini akan memberi manfaat kepada lebih 10 juta penerima.

Bukan tu jer, kerajaan juga akan menyediakan Bantuan Khas Penghargaan kepada Penjawat Awam Gred 56 ke bawah sebanyak RM300 dan Pesara Kerajaan sebanyak RM200 yang akan disalurkan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia Wow western food dekat sini nampak mengancam betul eh📷 Min recommended sangat tempat ni lagi-lagi kalau korang yang nak pergi dating tu 📷📷 📷Sejiwa Titiwangsa, Balai Seni Negara #lambshank#wagyuskewer#lambwellington#makanwestern#makankl#ohmakan #ohmedia ♬ original sound – Oh! Media

Exit mobile version