Connect with us

Oh! Media

#ItuAtauIni Model iQOO Z7 Atau iQOO Z7x, Mana Lebih Baik?

Oh! Tech

#ItuAtauIni Model iQOO Z7 Atau iQOO Z7x, Mana Lebih Baik?

Di bawah naungan Vivo, syarikat iQOO kini telah menampilkan model terbaru telefon pintar iaitu iQOO Z7 5G dan iQOO Z7x.

ADVERTISEMENT

BACA: 55% Penduduk Malaysia Dapat Mengakses Rangkaian 5G

Dengar cerita, kedua model ini mempunyai processor yang canggih dan sesuai untuk digunakan sebagai telefon buat para gamers. Jom, kita tengok apa perbezaan antara kedua model ini.

iQOO Z7 5G dan iQOO Z7x

Model iQOO Z7 5G

  1. Paparan display bagi model ini adalah 6.38-inch.
  2. Kamera hadapan bersolusi 16 megapixel dan kamera belakang 64 megapixel + 2 megapixel.
  3. Model ini mempunyai dua siri RAM 6GB dan RAM 8GB serta storan dalaman 128GB.
  4. Ia juga mempunyai kapasiti bateri 4,500mAh.
  5. Cip pemprosesan bagi model ini merupakan MediaTek Dimensity 920
  6. Sistem pemprosesan iQOO Z7 5G adalah Android 13.
  7. Mempunyai resolusi 2400×1080 pixel dan telah dilancarkan 21 Mac 2023.

Model iQOO Z7x

  1. Paparan display bagi model ini adalah 6.64-inch.
  2. Kamera hadapan bersolusi 8 megapixel dan kamera belakang 50 megapixel + 2 megapixel.
  3. Model ini mempunyai RAM 6GB dan storan dalaman 128GB.
  4. Ia juga mempunyai kapasiti bateri 6,000mAh.
  5. Cip pemprosesan bagi model ini merupakan Qualcomm Snapdragon 695.
  6. Sistem pemprosesan iQOO Z7x adalah Android 13.
  7. Mempunyai resolusi 1080×2388 pixel dan telah dilancarkan 21 Mac 2023.

Untuk bahagian harga, korang boleh lihat gambar di bawah ini:

Ha, agaknya model yang mana lebih baik?

Kredit: Gadget 360

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas