Connect with us

Oh! Media

iPhone Siri 14 Mungkin Hadir Dengan Pilihan Storan Sehingga 2TB?

63dbcf9d d307 462b afd1 37813244e3df

Oh! Tech

iPhone Siri 14 Mungkin Hadir Dengan Pilihan Storan Sehingga 2TB?

Walaupun siri iPhone 13 baru saja dilancarkan pada bulan lepas, tetapi dah ada ura-ura mengenai storan dalaman bagi siri iPhone 14 yang akan dilancarkan pada tahun depan. 

BACA : iPhone 13 Pro Dan Pro Max Dilancarkan, Harga Sehingga RM7,599 Bagi Storan 1TB

Seperti sedia maklum, Apple membawakan storan sebesar 1TB pada iPhone 13 Pro dan 13 Pro Max. Kali ini, terdapat laporan yang mengatakan bahawa storan bagi siri iPhone 14 mungkin digandakan sehingga 2TB. Pergh! Besar gila.

IKLAN

Menurut laporan Fuzz.my, ianya masih belum pasti sama ada ianya dibawakan pada kesemua model ataupun hanya tersedia untuk model Pro sahaja.

Perkara ini mungkin benar apabila Apple akan membawakan kamera yang jauh lebih canggih dari model yang sekarang. Samalah macam ProRes yang baru diperkenalkan Apple ni, kan model yang lebih dari 256GB je boleh guna fungsi tu.

Apapun, ianya masih awal untuk disahkan dan bukanlah sumber dari Apple sendiri. Cerita dia memang kena tunggu setahun akan datanglah kan?

Kredit: Fuzz.my

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas