Oh! Tech

iPhone SE Generasi Ketiga Akan Guna Skrin Jenis LCD Lagi?

Published on

Mesti ada antara korang yang berminat dengan siri iPhone SE disebabkan rekabentuknya yang tidak begitu modern tetapi dengan spesifikasi yang mantap, betul tak? 

BACA : iPhone SE 3 Mungkin Hadir Dengan Rekaan Sama, Masih Ada ‘Home Button’

Menurut laporan Fuzz.my, iPhone SE generasi ketiga nanti mungkin menjadi model yang terakhir menggunakan skrin jenis LCD yang juga berasaskan model iPhone XR. Tapi zaman bila guna skrin LCD ni kan?

Bukan tu jer, model SE kali ini juga akan ditambah ciri Touch ID di bahagian sisi dan tidak menggunakan Face ID sama seperti iPad dan ianya dikatakan dalam laporan mydrivers.

Bagi cip pemprosesan, ia dijangka menggunakan A15 Bionic dengan sokongan rangkaian 5G. Untuk harga pula, iPhone yang akan dikeluarkan ini dikatakan sama seperti harga jualan model SE sebelum ini iaitu pada harga RM1,659. Apa pandangan korang?

Kredit: Fuzz.my | MyDrivers

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version