Oh! Tech

IPhone 14 Dijangka Masih Lagi Tidak Punyai Ciri Touch ID Pada Skrin?

Published on

Desas-desus mengenai siri iPhone 14 sudahpun tertitis walaupun Apple baru saja mengumumkan siri iPhone 13 pada minggu lalu. Lain macam penangan Apple ni.

BACA : Kapasiti Bateri Bagi Siri iPhone 13 Didedahkan, Paling Besar Adalah 4,400mAh

Menurut laporan Fuzz.my, terdapat beberapa gambaran awal mengenai iPhone 14 Pro dan 14 Pro Max nanti dimana ianya tidak lagi mempunyai takuk dan telah digantikan dengan kamera depan Punch-Hole.

Bukan tu jer, iPhone 14 Pro dan Pro Max ini juga dikatakan akan hadir dengan kamera 48MP. Touch ID pula masih belum diletakkan pada iPhone itu nanti dan perkara ini dilaporan oleh penganalisis Apple, Ming-Chu Kuo.

Untuk pengetahuan, siri iPhone 14 ini dijangka akan dilancarkan pada tahun 2022 nanti. Apa pandangan korang? Tapi, kalau iPhone ada ciri Touch ID pada skrin tu mesti gempak gila walaupun telefon pintar jenama lain telah sekian lama dah pun ada ciri tu.

Kredit: Fuzz.my | GSM Arena

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version