Oh! Tech

Ini Telefon Pintar Samsung Pertama Guna Port Lightning, Sama Macam iPhone?

Published on

Sebelum ini terdapat sebuah iPhone yang telah ubahsuai oleh seorang jurutera yang menggantikan port lightning kepada Type-C dan ianya berfungsi sepenuhnya.

BACA : iPhone Pertama Gunakan USB-C Dijual Pada Harga Lebih RM350k?

Jurutera tersebut juga dikatakan telah mengubahsuai Samsung Galaxy A51 yang pada asalnya menggunakan port Type-C kepada lightning.

Perkara ini dikongsikan jurutera, Ken Pillonel di youtube menjadikan telefon pintar itu adalah Android pertama yang menggunakan port lightning. Pergh! Memang terbaik.

Kalau korang tengok video tersebut, pengecasan dan pemindahan data yang dilakukan berfungsi sepenuhnya tanpa ada masalah. 

Kalau korang pun jenis suka mencuba benda baru dan teringin nak buat perkara sama, Ken mengatakan akan membuat video tutorial bagaimana pengubahsuaian ini dilakukannya.

Kredit: Youtube Ken Pillonel

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version