Oh! Tech

Google Pixel 6 Pro Bakal Hadir Dengan 33w Pengecasan Pantas Je?

Published on

Baru-baru ini, Google kelihatan sibuk menjalankan pemasaran bagi telefon pintar yang bakal dilancarkan tak lama lagi iaitu Google Pixel 6 dan 6 Pro dengan cip pemprosesan dari mereka sendiri. Apa pandangan korang?

BACA : Masih Belum Lancar Tapi Google Sendiri Dedah Rekabentuk Pixel 6 Pada Dunia?

Cerita soal pengecasan pula, kalau diikutkan dengan perkembangan pengecasan telefon pintar lain, Google kelihatan jauh ketinggalan selepas telefon pintar terkininya, Pixel 5 dan 5a hanya mengekalkan 18w pengecasan pantas sahaja. Jenama lain semua dah ke tahap 65w bahkan ada yang sampai 120w.

Menurut laporan Fuzz.my, Pixel 6 Pro mungkin menyokong pengecasan sehingga 33w dengan bateri sebesar 5,000mAh dan perkara ini telah didedahkan oleh penyenarai data NCC Taiwan. Boleh lah tu kan?

Walaubagaimanapun, Google telah mengesahkan bahawa siri terbaru ini tidak akan hadir dengan pengecasan didalam kotak dan merupakan pengeluar telefon pintar berikutnya yang melakukan perkara ini selepas Apple dan Samsung.

Kredit: Fuzz.my | XDA

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version