Apple yang baru saja melancarkan siri iPhone 13 baru-baru ini menawarkan beberapa naik taraf spesifikasi pada peranti terbaru mereka itu. Sesiapa yang berminat boleh buat pra-tempahan bermula 1 Oktober ini di pasaran Malaysia.
Menurut laporan Fuzz.my, Apple juga sentiasa mengehadkan kompenan dari pihak ketiga yang sebelum ini, sekiranya pengguna tukar bateri yang tidak asli akan mendapat notifikasi amaran.
Kali ini, dikatakan yang sekiranya pengguna tukar skrin daripada pihak ketiga, fungsi Face ID pada siri iPhone 13 tidak boleh digunakan.
Perkara ini telah didedahkan menerusi satu video daripada Phone Repair Guru yang menunjukkan proses penukaran skrin pihak ketiga yang mengakibatkan kehilangan fungsi Face ID.
Apple dikatakan berbuat demikian kerana ingin menghentikan kompenan tiruan dan menjaga keselamatan pengguna.