Jika anda pernah kehilangan kerja atau diberikan amaran kerana ciapan yang dihantar menerusi X, Elon Musk mempunyai tawaran kepada anda.
Elon Musk berjanji akan memberikan jaminan bantuan guaman bagi memenangi kes menentang majikan di mahkamah.
Menerusi satu perkongsian status yang dimuat naiknya, Musk menyatakan tiada had akan dikenakan bagi memastikan kebebasan suara tidak dihalang.
Malah, Musk juga berkata beliau akan membantu kakitangan yang terkesan menyaman syarikat hingga ke peringkat lembaga syarikat.
Dalam pada itu, Musk juga tidak memaklumkan tawaran ini tidak pula terbuka kepada semua pengguna X atau terhad kepada Amerika Syarikat sahaja.
Sementara itu, di Malaysia semakin banyak syarikat mempunyai klausa mengenai pengguna media sosial.
Kebanyakkan kes halangan memuat naik status yang boleh merosakkan nama syarikat harus dipersetujui dan majikan mempunyai hak untuk membuang kakitangan jika ini dilanggar.