Oh! Tech

Elak Perbualan Dibaca Orang Lain, Whatsapp Perkenal Ciri ‘Chat Lock’

Published on

Terbaru, Whatsapp kini telah memperkenalkan sebuah ciri yang dinamakan sebagai Chat Lock. Wow, apa pula tu?

BACA: Aplikasi Touch N Go eWallet Sukar Untuk Diakses, Hadapi Masalah Teknikal

Chat Lock mempunyai fungsi membenarkan pengguna untuk meletakkan password bagi sesuatu perbualan untuk mengelakkan ia daripada diakses atau dilihat orang lain.

Chat Lock Whatsapp

Ciri ini membolehkan pengguna untuk menambah satu lagi lapisan sekuriti yang hanya boleh diakses oleh kata laluan atau imbasan biometrik seperti cap jari.

Selain memberi pelindungan, sebarang kandungan yang diterima daripada perbualan tersebut juga disembunyikan dan tidak akan muncul pada bahagian notifikasi.

Tapi, dengar cerita ada juga sesetengah pihak yang tidak bersetuju dengan ciri khas Whatsapp ini. Apa pula pendapat korang?

Kredit: Amanz

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version