Oh! Tech

Data Percuma 1GB Setiap Hari Dilanjutkan Sehingga Penghujung April 2021, Semoga Semua Orang Kekal Produktif

Published on

Bagi mengalakkan semua rakyat kekal produktif semasa pelaksanaan PKP, kerajaan telah bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi untuk bagi korang semua 1GB data percuma setiap hari sehingga April 2021 gais. Terbaik!

Sebelum ini, tawaran data percuma 1GB ni sehingga bulan Mac 2021 saja. Tapi semalam Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yaasin baru jer mengumumkan yang ianya akan dilanjutkan satu bulan lagi gais. Alhamdulillah! 

Jadi, sesiapa yang work from home atau menjalani pembelajaran secara online tu, perkara ini sedikit sebanyak dapat bantu korang. Mungkin dah tak perlu lagi beli data tambahan, kan dah jimat duit kan situ? Apapun, stay safe dan sentisa mengikut SOP yang telah ditetapkan.

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Exit mobile version