Oh! Tech

Ciri Satelit Pada iPhone 13 Mungkin Pada Pasaran Terpilih Sahaja

Published on

Sebelum ini, terdapat laporan yang mengatakan bahawa iPhone 13 akan dilengkapi dengan satelit komunikasi yang membolehkan pengguna membuat penggilan dan menghantar mesej walaupun tiada rangkaian. Terbaik kan?

BACA : Pengguna Boleh Call Dan Mesej Tanpa Sebarang Rangkaian Dengan iPhone 13?

Menurut laporan Fuzz.my, terdapat portal lain mengeluarkan kenyataan yang lebih terperinci mengenai ciri ini yang hanya tersedia pada pasaran terpilih sahaja.

Bukan tu jer, panggilan kecemasan ini juga perlu mengambil masa selama satu minit untuk disambungkan ke satelit. Walaubagaimanapun, ciri ini dikatakan masih dalam peringkat pembangunan dan dijangka boleh digunakan bermula tahun depan atau lebih awal.

Untuk pengetahuan, Apple akan melancarkan iPhone siri terbaru pada 15 September, 1 pagi waktu Malaysia nanti. Terdapat juga beberapa produk yang bakal dibawakan pada hari tersebut.

Kredit: Fuzz.my

+ Baca respon pembaca di Facebook dah Telegram Oh! Media.

Exit mobile version