Oh! Tech

Caprice Bakal Lancar Aplikasi JustSolat.com, Terdapat Features Luar Biasa Yang Buatkan Netizen Teruja

Published on

Caprice rancang untuk melancarkan aplikasi terbarunya yang berkonsepkan gaya hidup Muslim tak lama lagi dengan nama JustSolat.com. Wahh! Saing-saing The Noor ni. 

Menerusi akaun Instagram Caprice, dia berkongsi ciri-ciri yang ada dalam JustSolat.com dan cara-cara untuk menggunakan aplikasi tersebut. 

Seperti aplikasi gaya hidup Muslim yang lain, ia menyertakan info waktu solat mengikut lokasi korang, laungan azan ketika waktu solat dah masuk dan petunjuk arah kiblat.

Menariknya, aplikasi ini siap boleh ajar kita cara-cara untuk solat daripada mula niat sampailah beri salam. Pergh! Memang terbaik. Ramai netizen yang tidak sabar dan teruja dengan aplikasi ni.

Buat masa ini, Caprice masih belum beri kata putus bilakah tarikh aplikasi terbarunya itu akan dilancarkan. Tapi dengar macam Caprice ada sebut lepas raya kan? Jadi, sama-samalah kita nantikan ya. 

Kredit: Instagram Caprice

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Exit mobile version