Baru-baru ini, Oppo mengesahkan bahawa peranti boleh lipat generasi baharunya bakal ke pasaran global pada 19 Oktober 2023.
Pelancaran ini bakal diadakan di Singapuran yang turut boleh disaksikan bersama secara dalam talian menerusi laman Youtube rasmi mereka.
Malah, perkataan ‘series’ yang digunakan juga memberi petanda boleh terdapat lebih daripada satu peranti yang mungkin diumumkan kelak.
Walau bagaimanapun, peranti boleh lipat clamshell Find N3 flip menjadi antara yang bakal diumumkan kerana prestasi dan sistem kamera yang menyeluruh.
Difahamkan, buat masa ini masih tidak dapat dipastikan sama ada peranti ini akan mempunyai perkakasan dalaman yang sama seperti di China atau sebaliknya.