Baru-baru ini, pihak Apple telah mengumumkan amaran baharu berkenaan keselamatan yang telah melarang pengguna untuk tidur berdekatan dengan iPhone yang sedang dicas.
Dalam pada itu, arahan keselamatan tersebut dikeluarkan kerana pengguna mungkin akan terdedah dengan risiko kebakaran, kecederaan atau renjatan elektrik sekiranya tidur atau duduk di atas kabel pengecas yang disambung dengan sumber kuasa.
Malah, Apple turut melarang untuk meletakkan peranti yang sedang dicas di bawah bantal, selimut atau pada mana-mana bahagian badan.
Bukan itu sahaja, syraikat ini menasihatkan kepada pengguna untuk mengelakkan kabel pengecasan bersentuh dengan kulit dalam jangka masa yang panjang ketika sedang dicas.
Sementara itu, iPhone mempunyai pelbagai komponen elektronik yang sensitif sekaligus boleh menyebabkan kecederaan atau ketidakselesaan.
Tambahan, menggunakan iPhone dengan skrin yang retak juga boleh menyebabkan kecederaan. Apple turut meminta pengguna untuk mengendalikan peranti dengan lebih berhati-hati.