iPad Air terbaru ini dikuasakan dengan cip pemprosesan Apple M1 yang sama digunapakai Macbook. Pergh! Memang terbaik. Ia juga turut menyokong rangkaian 5G tau.
iPad Air pun dah pakai M1. Maknanya dapat power yang sama macam iPad Pro pada harga jauh lebih murah 🔥 pic.twitter.com/1Lk93IBDkA
Bukan tu jer, iPad ini juga dikatakan boleh mengecas dua kali ganda lebih pantas dengan sambungan USB-C yang tersedia dan menyokong Apple Pencil generasi kedua.
Untuk storan, ia ditawarkan dengan pilihan 64GB dan 256GB pada harga bermula RM2,699 bagi varian Wi-Fi dan RM3,349 bagi varian Celullar.
Bagi sesiapa yang berminat, korang boleh membuat pra-tempah bermula 18 Mac ini ya.