Oh! Tech

Apple Perjelas Kamera iPhone Boleh Rosak Sebab Getaran Kuat?

Published on

Korang tahu tak getaran kuat seperti yang dihasilkan oleh enjin motosikal berkuasa tinggi boleh mempengaruhi kamera iPhone? Apple sendiri telah mengeluarkan amaran mengenai hal ini.

BACA : iPhone 13 Lancar 14 September Ini, Mungkin Dengan Beberapa Produk Lain?

Menurut laporan Fuzz.my, Apple menjelaskan bahawa ciri seperti penstabilan Imej optik (OIS) dan sensor magnetik aufokus pada kamera iPhone akan terjejas jika terdedah kepada getaran yang kuat pada jangka masa yang panjang.

Hal ini akan menjejaskan kualiti gambar dan video pada iPhone korang itu nanti. Jadi, Apple menyarankan supaya pengguna tidak merakam perjalanan ketika menaiki motosikal berkuasa tinggi dan sebagainya yang melibatkan getaran yang kuat.

Untuk pengetahuan, iPhone 13 akan dilancarkan secara langsung pada 14 September ini dan mungkin dengan beberapa produk lain. Jangan lupa tonton sama ya!

Kredit: Fuzz.my

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version