Oh! Tech

Aplikasi Telegram Masih Ada Dalam AppStore, Apple Disaman! Ini Puncanya…

Published on

Apa nasib pengguna aplikasi Telegram yang menggunakan Apple lepas ni? Baru-baru ini kumpulan Coalition for a Safer Web telah menyaman syarikat Apple kerana dikatakan gagal untuk mengeluarkan aplikasi Telegram dari AppStore.

Alasan yang diberikan oleh Coalition adalah kerana Apple telah melanggar polisi yang ditetapkan mereka dan Apple sebelum ini telah membuang aplikasi Parler yang dilihat mempunyai ciri-ciri yang sama seperti Telegram.

Menurut laporan yang dipetik dari Amanz.my, sejumlah syarikat teknologi telahpun membuang akses kepada aplikasi Parler yang didakwa telah terlibat dalam aktiviti perancangan tidak baik dalam pentadbiran baharu Amerika Syarikat yang dilakukan penyokong Donald Trump.

Disebabkan itu Coalition merasakan aplikasi Telegram juga berbahaya kepada pengguna. Jika Apple menurunkan aplikasi Telegram, ini merupakan kali kedua ia diturunkan selepas kali pertama pada tahun 2018 kerana Telegram tidak mematuhi terma AppStore.

Kredit: Amanz.my

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Exit mobile version