Connect with us

Oh! Media

Aplikasi Sambal SOS Bantu Untuk Kenal Pasti Lokasi Bendera Putih Dan ‘Food Bank’

Oh! Tech

Aplikasi Sambal SOS Bantu Untuk Kenal Pasti Lokasi Bendera Putih Dan ‘Food Bank’

Sekumpulan pelajar universiti telah mencipta satu aplikasi untuk membantu mereka yang memerlukan sumber makanan melalui food bank serta lokasi bendera putih untuk mana-mana individu yang ingin menyalurkan bantuan.

ADVERTISEMENT

Sidharrth Nagappan, Shaun Mak dan Cornelius Pang mengambil jurusan sains komputer  di salah sebuah universiti telah mengambil masa empat hari saja untuk mencipta aplikasi ini. Penciptaan aplikasi ini diilhamkan daripada kempen Bendera Putih yang dilakukan oleh masyarakat dan dilancarkan pada 4 Julai 2021.

Sumber : Facebook Sambal SOS

Pada awalnya, aplikasi ini dikenali sebagai Aplikasi Bendera Putih namun sudah dijenamakan semula sebagai Sambal SOS, semalam.

Berkongsi kepada Malay Mail, salah satu pelajar itu memaklumkan aplikasi Sambal SOS bertujuan untuk memberi maklumat tentang lokasi food bank dan individu yang mengibarkan bendera putih.

Kami mahu mengumpulkan maklumat dan menghubungkan individu yang memerlukan pertolongan kepada kumpulan yang terdekat dengan mereka

Demi menjaga privasi individu memerlukan bantuan, maklumat peribadi tidak akan dipaparkan ketika memuat naik gambar lokasi tersebut.

Sumber : Malay Mail

Bukan itu saja, mereka akan menyemak terlebih dahulu gambar yang dimuat naik dan memastikan tidak ada wajah penerima bantuan sebelum menyetujui kesemua laporan tersebut.

Ketika pemerhatian, terdapat lebih 70 food bank yang terdapat dalam aplikasi Sambal SOS dan 20 simbol siren yang memberi petunjuk lokasi individu yang memerlukan bantuan.

Sumber : Malay Mail

Untuk makluman, setiap laporan akan luput secara automatik selepas seminggu. Korang boleh mengakses aplikasi Sambal SOS di sini dan mengikuti perkembangan mereka di Facebook dan juga Instagram.

Kredit : Malay Mail

+Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas