Connect with us

Oh! Media

Tarikan Terbaru Di Negeri Sembilan, Lambakan Lembu Berkeliaran Di Bandar Springhill Tak Ubah Seperti Di New Zealand!

bandar springhill

Oh! Negara

Tarikan Terbaru Di Negeri Sembilan, Lambakan Lembu Berkeliaran Di Bandar Springhill Tak Ubah Seperti Di New Zealand!

Bagi mereka yang duduk di Bandar Springhill, Port Dickson Negeri Sembilan sudah tentu penat dengan masalah haiwan ternakan yang masih berkeliaran hingga ke hari ini. Walaupun sudah banyak aduan dilakukan penduduk, pemilik ternakan nampaknya masih berdegil. Situasi ini merisaukan penduduk kerana ia mengundang risiko kepada keselamatan pengguna jalan raya.

ADVERTISEMENT

Memetik laporan Utusan, banyak usaha telah diambil pihak berkuasa tempatan (PBT) tetapi masih tidak dapat diselesaikan. Berdasarkan laporan, pihak PBT mengalami kesukaran untuk melantik kontraktor bagi menangkap haiwan ternakan berkeliaran seperti lembu dan kerbau.

Nampak macam gambar lembu dekat New Zealand kan? Tapi korang silap! Ini dekat Bandar Springhill….

Kontraktor kurang keberanian?

Hampir kesemua PBT menghadapi masalah untuk melantik kontraktor walaupun bayaran tidak rendah malah berpatutan. Sebab mereka rasa kurang keberanian antaranya berpunca daripada halangan-halangan daripada masyarakat sendiri. – Kata Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Kerajaan Negeri Sembilan sebelum ini telahpun meluluskan bajet kepada PBT untuk melantik kontraktor tetapi sehingga ke hari ini masih tiada siapa yang berminat.

Aminuddin turut memaklumkan masalah ini bukan perkara baharu dan dah banyak kali dibincangkan di dalam sidang Dewan Undang Negeri (DUN). Bagaimanapun, ada pula pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil.

Siapa tak puas hati dan pertahan haiwan ternakan berkeliaran?

Di dalam DUN juga ada yang tidak puas hati apabila tindakan diambil namun apabila berlaku kemalangan, semua diam. Bagaimanapun saya minta masyarakat, jika ada maklumat terus maklumkan kepada PBT supaya tindakan dapat diambil.

Saya harap pihak yang dikenakan tindakan pula mesti faham bahawa kami bukan suka-suka kerana ia boleh menyebabkan kemalangan.

Apabila kemalangan berlaku, kecederaan yang berlaku sangat mendatangkan derita kepada keluarga yang menimpanya apatah lagi jika ia melibatkan kematian, lagilah akan terkesan. Tindakan ini untuk kebaikan semua

Kemalangan yang sering berlaku akibat haiwan ternakan berkeliaran.

Harapnya pihak PBT dan kerajaan negeri dapat mencari satu penyelesaian yang terbaik dan berbincang dengan pemilik haiwan ternakan ini. Kita tidak mahu bila berlaku kemalangan hingga menyebabkan kematian barulah tindakan mahu diambil.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas