Oh! Inspirasi

Utamakan Solat Subuh, Restoran Nasi Kandar Popular Mohon Maaf Buka Lambat

Published on

Sebuah restoran nasi kandar popular di Pulau Pinang, Nasi Kandar Sulaiman memohon maaf kerana terpaksa memulakan operasi restoran sedikit lewat daripada biasa.

Menerusi satu hantaran di Facebook, pihak restoran memberitahu mereka mengutamakan solat subuh terlebih dahulu menyebabkan restoran dibuka jam 6.45 pagi.

Katanya lagi, ada pelanggan tak berpuas hati kerana mereka sudah beratur dari jam 6.30 pagi.

Perkongsian restoran nasi kandar ini mendapat respon positif daripada orang ramai.

Malah, ramai yang menjadikan restoran ini sebagai inspirasi untuk kekal berjaya.

Mereka pun mahu solat berjemaah di masjid untuk murah rezeki.

Kredit: Facebook Nasi Kandar Sulaiman

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version