Baru-baru ini balu kepada Allahyarham Abam Bocey, Hidayah menjadi perhatian ramai kerana telah memuat naik satu video di media sosial. Uish, video apa itu?
Video yang tular tersebut memaparkan Hidayah sedang membawa anak-anak buah dan kakak iparnya keluar berjalan-jalan di Padang Besar, Perlis.
Amanah abang
Dalam video tersebut, Hidayah menyatakan bahawa mereka masih lagi sebuah keluarga bersama sebelah ipar meskipun abangnya telah pergi buat selamanya.
Alhamdulillah dikelilingi orang yang sangat-sangat baik. Walaupun arwah abangku tiada tetap menjadi satu keluarga sampai bila-bila. Kami jaga amanah anak arwah abang penuh kasih, sayang anak-anak yatim. Kami sayang kakak ipar kami.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen sempat memuji sikap baik Hidayah dan keluarganya yang sentiasa mengambil berat dan menjaga kebajikan anak-anak yatim.
Alhamdulillah, kami pun suka tengok Hidayah macam ini. Boleh jadi inspirasi betul!